Penerbit : Karya Seni
Penulis : Umie Nadzimah
Tarikan untuk beli buku ni?? Dah tentu dari promosi kaw2 dari media cetak & elektronik, lebih-lebih lagi novel ni diilhamkan dari drama (kebiasaannya drama diilhamkan dari novel) membuatkan buku ni special sikit.Terutama bagi peminat Janna Nick, Irwanshah dan barisan-barisan pelakon lain dalam drama ni.
Istimewanya novel ni, pembaca mampu untuk menghayati setiap karektor, mimik muka dan gaya yang ingin disampaikan penulis melalui gaya pelakon dalam drama Dia. Bila watak Adit menangis, pembaca dah terbayang muka Irwanshah yang putih melepak tu menangis. Bila watak Zaid sedang tayang muka kerek buli Aira, dok membayangkan muka Adi Putra membuli Janna Nick. So watak-watak itu menjadi hidup di dalam imiginasi pembaca.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Kisah cinta Adit dan Aira, terhalang dek aturan keluarga yang dianggap untuk membalas budi. Adit tidak mampu untuk mempertahankan cinta bersama Aira, masakan boleh bahagia tanpa restu orang tua kan...(ceyyyy, dah bercakap lenggok bahasa indonesia gittu). Adit yang patuh dan taat pada orang tua, terpaksa menerima aturan orang tua.....
Aira, mendidik hati supaya reda dengan kehilangan impian untuk bersama Adit. Aira tak mampu untuk merosakkan kebahagiaan teman baiknya sendiri Emelda untuk terus hidup bersama Adit. Jika itu boleh membuatkan Emelda bahagia dan gembira, Aira pasrah walau hatinya hancur....
Dugaan melanda, disaat cinta sang suami untuk si isteri berputik, Emelda meninggal dunia ketika melahirkan Icha. Emelda sempat meninggal wasiat dan pesanan kepada anak yang bakal dilahirkan melalui rakaman-rakaman video.Termasuk untuk mencari sesorang yang layak untuk menggantikan dirinya !!!!
Untuk memujuk hati mentua yang marah dan berdendam, Adit tekad meninggalkan Jakarta dan berhijrah ke KL bersama Icha.Tekadnya hanya satu, untuk membuatkan Puan Fatimah menerima Icha sebagai cucu. Ego, dendam Puan Fatimah musnah akhirnya setelah melihat kesungguhan dan kecomelan Icha, membuatkan seolah olah arwah Emelda kembali ke sisinya...
Dari sudut lain, Aira cuba lari dari perasaan sayang yang kembali bertamu buat Adit dengan menerima pinangan Zaid.Setelah hampir 7 tahun menunggu Aira, Zaid tekad untuk memperisterikan Aira. Adit pula, ingin menebus segala kekecewaanya yang lalu dengan mengejar kembali cinta Aira buatnya. Adit ingin berjuang dan mencuba selagi tiada lafaz ijab dan kabul diantara Aira dan Zaid. Hatinya pedih bila Aira bakal menjadi milik Zaid, ternyata kekecewaan Aira dulu telah dirasakannya kini.Diantara cinta Adit dan harapan Zaid, Aira ternyata keliru.
Icha sedaya upaya untuk menunaikan wasiat arwah mamanya untuk menyatukan papanya bersama Aunty Aira. Zaid ternyata dihambat rasa bersalah kerana tidak dapat memenuhi impian sikecil itu.Lebih-lebih lagi seolah cinta Aira tidak ada untuk dirinya. Dari kaca mata Zaid, cinta Aira buat Adit sangat kukuh dan tidak pernah berubah dari dulu.
Zaid memberi kata putus untuk Aira membuat keputusan. Tak ada guna jika fizikal sahaja milik Zaid, tetapi jiwa dan cinta Aira ternyata milik Adit.
Aira akhirnya penat dengan penipuan pada diri sendiri, sudah tiba masa untuk Aira merialisasikan impian cintanya bersama Adit. Insan yang paling happy adalah Icha !!!
Zaid tidak menyesal sama skali bahawa dirinya pernah menyintai Aira, kerana cinta kepada Aira membuatkan dia lebih menghargai insan yang lebih menyintai dirinya, Cik Bunga.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Melalui cerita ni, ternyata dek budi....kita mampu merapatkan ukhwah sesama manusia. Dek termakan budi, manusia kadangkala terlalu obses untuk membalas budi tersebut, sehingga tanpa sedar....kita sedang membunuh beberapa jiwa.
Keikhlasan bersahabat, sayangnya dibawa ke hujung nyawa. Setiap suka, duka dikongsi bersama....sanggup memendam rasa untuk melihat sahabatnya gembira. Di alam realiti, sahabat susah & senang sukar dicari !!!
CINTA, TIDAK SEMESTINYA HARUS DIMILIKI...
pssstttt .....korang pernah tengok citer hindustan kuch kuch hotahei ????? lebih kurang lerrr......
No comments:
Post a Comment