Penerbit : Penulisan2u
Penulis : Azura Rasiddin
Bil m/s : 652
Design pada kulit buku .....red & purple hyacinth....1st akak dah tersenyum, bunga ni memang penuhh misteri since akak pun ada history dengan hyacinth ni...aummmm !!!
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Redza....Ed, Red.....kenapa Red sebagai nama pena pada setiap karya novel nya?....
Kerana persalinan bewarna merah merupakan kenangan hari raya terakhir Red bersama arwah ayah dan ibunya. Hidup nya penuh dengan sarat rindu dan dendam. Di depan matanya ayah merayu kepada Uncle Khairul (rakan kongsi perniagaan) untuk membiayai kos pembedahan ibunya yang menderita barah otak....namun dihalau tanpa belas kasihan. Selepas mendapat panggilan dari hospital yang menyatakan ibunya sedang tenat, Red dan ayahnya bergegas ke hospital.....dalam perjalanan, kemalangan telah meragut nyawa ayahnya...dan ibu di hospital, turut meninggalkannya....
Hidupnya di rumah yatim, membangkitkan dendam dalam diri Red untuk menuntut bela keatas kematian ayah dan ibu sekaligus menuntut kembali hak ayahnya di dalam syarikat.
Mempunyai keluarga angkat dan sahabat sehidup semati, Yusri banyak membantu Red dalam mencipta nama dalam dunia penulisan. Namun Red tidak suka akan pendedahan kepada semua peminatnya. Menjadikan semua majlis bersama peminatnya sangat exclusive dan jemputan sangat limited. Kemunculan semula Zafran, Dhira, Fei Fei dan Ken dalam sesi bersama Red. Menjadikan mereka dapat mengenali Red dengan lebih rapat. Dan siapa sangka, tunang Fei Fei adalah sepupu rapat Kaysa....kecilnya dunia !!!
Setelah menjeruk diri di dalam dunia manuskripnya , Red bercuti untuk merehatkan diri.....di situlah bertemunya bersama Kaysa. Anak kepada Uncle Khairul. Maka, Red memutuskan untuk menggunakan Kaysa untuk mendekatkan dirinya kepada Uncle Khairul. Sesi membalas dendam bermula !!!
Dengan membuat perjanjian bersama Kaysa.... 10 dates, untuk membuatkan Kaysa jatuh hati kepadanya. The game begin....
Kaysa Adara....anak perempuan kepada Encik Khairul. Pada mulanya agak ragu dengan pengakuan berani mati Red yang kononya mula sukakan dirinya. Walaupun hatinya bagai nak mati sukakan Red. (psttt...akak pun jatuh hati dengan lagu Always tu...). Pertemuan demi pertemuan membuatkan dirinya jatuh kasih terhadap Red.
Namun, segalanya terbongkar......Red sudah tidak mampu meneruskan permainan yang diciptanya sendiri.Membuat pengakuan mengenai perancangannya melalui PI. Tanpa disedari hatinya jatuh cinta dengan Kaysa. Red tidak sanggup terus menipu hati gadis itu.
Melalui klu yang diberikan Red sebelum ini...Kaysa nekad untuk terus mengejar Red, mempertahankan cintanya. Kebenaran mula tersingkap...membuatkan Red terduduk dengan kenyataan sebenar. Rasa bersalah mula menyelubungi diri terhadap keluarga Kaysa.....cintanya terhadap Kaysa, tetap disimpan rapat....
Cinta dan kasih dengan restu kedua orang tua, akan dipermudahkan oleh Allah....akhirnya Kaysa berjaya membuatkan Red mengakui cintanya....Jodoh mereka bagaikan telah tertulis.....
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Ya...pada mulanya akak menjangkakan novel ni agak berat melalui personaliti Red kerana karya Red yang banyak berkisarkan jenayah, kesuraman dan sisi gelap kehidupan manusia. Ternyata penulis berjaya membuatkan akak surprise !!!
Namun novel ini juga tidak menghampakan kerana olahan santai penulis. Membuatkan pembaca terbuai dengan ayat-ayat Red dan personaliti Red. Penulis juga berjaya membuat pembaca menyelami emosi yang bergolak hebat di dalam diri Red.
Kisah Kaysa selain mengejar cinta, persahabatan yang bertunjangkan keikhlasan dan perkongsian membawa erti sebenar dalam hubungan sesama manusia. SKY forever.....
Sepanjang bersama Date Me, ada kenangan bersamanya....perjalanan dari Melaka ke Cherating, Date Me sentiasa bersama. So novel ni macam dah lunyai sikit dek perjalanan....hahahaha....
Bila dah sampai, baca Date Me di tepian pantai...ko rasa???.... heaven wehh !!!
Dalam perjalanan....Date Me menemani...
ppsssttttt.....next.....Pelangi Untuk Ara.....
No comments:
Post a Comment