Terbitan : Penulisan2u
Penulis : Azura Rasiddin
Bil m/s : 844
1st masa tengok buku ni, Mek Karyaseni yang suggest (love u mek....) masa pesta novel di Melaka. Lama tau tenung kulit novel ni....sebab apa, sebab hati dah terpikat dengan tajuk novel ni. Dengan 9 luahan, baru timbul 1 pengakuan ke???
yer, big why kat situ !!! betul, pemilihan tajuk amat penting, sebab dari tajuk pembaca mula menebak isi cerita. So apa lagi, laju je ambil novel tu dari tangan Mek then terus masukkan dalam bakul. Grafik kulit buku, one of my dreams....hot air ballon, Turky !!!
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Dhira....hidupnya dalam buangan keluarga, dihalau akibat marah, baran dan emosi kekecewaan yang sukar dikawal. Membenci suami yang dianggap pembunuh.Hidup yang tiada arah selepas dihalau, ditipu dan merempat....sehingga bertemu dengan keluarga angkat yang amat kasih kepadanya. Fei fei gadis mualaf yang menjadi other half buat Dhira, suka dan duka Dhira sentiasa dalam pengetahuan Fei fei. Ken, abang kepada Fei fei sentiasa memanjakan Dhira sama seperti adiknya Fei fei....bagi Ken, 2 wanita itu adiknya yang tiada galang ganti. Mummy Fei fei n Ken, juga menjadi mummy Dhira.
Terlalu besar jasa keluarga cina itu buat Dhira, saat hidupnya dalam buangan, mereka menaja Dhira untuk menyambung pelajaran. Dhira dimanjakan dan disayangi sepenuhnya oleh keluarga itu.
Namun, setelah bertahun di Singapore hati Dhira nekad untuk pulang ke Malaysia.bekerja di salah satu cawangan syarikat Ken di KL. Sebaik sahaja menjejakkan kaki di KLIA....dari situ segalanya bermula...
Zafran Ali....kisah silam jejaka ini tiada yang indah untuk dikenang, ayahnya membunuh ibunya sendiri dek kerana ibunya tidak memberikan wang. Hanya tinggal kak long nya. Badan jejaka itu penuh dengan parut hasil didera oleh ayahnya. Namun parut di lengannya lebih pedih, kerana parut itu hasil dari amukan isteri yang sangat dicintai. Walau hatinya remuk, Zafran melepaskan isterinya setelah sebulan bernikah.....hinaan, amukan dan wajah sinis Dhira membuatkan Zafran trauma. Sangat pedih.
Namun, perancangan Allah lebih hebat. Keadaan memudahkan untuk mereka bertemu semula.Dhira yang sudah bekerjaya sebagai Pereka Dalaman dan Zafran pula telah mempunyai firma guamannya sendiri. Pertemuan demi pertemuan menerbitkan kembali kemesraan mereka. Dhira yang kini lebih matang, cuba untuk meminta maaf atas segala kesalahannya. Sedar dirinya dilamun cinta terhadap bekas suaminya....mereka akhirnya dinikahkan buat kali ke 2.
Selepas ijab dan kabul pada tarikh yang sama, Dhira nekad untuk mencintai lelaki itu sepenuh hati walaupun suaminya bagaikan trauma dan mencipta jarak antara mereka. Dari situ....segala luahan Dhira bermula.......
Dari luahan tersebut Zafran mula yakin terhadap cinta Dhira.Selepas 9 luahan, diakhiri dengan pengakuan cinta oleh Dhira kepada suaminya.....
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Jalan cerita bagaikan realiti kehidupan insan yang dijodohkan, tidak lari dari perasaan sayang, cemburu, emosi. Watak Zafran yang suka memendam rasa dan Dhira yang berusaha untuk meyakinkan cintanya kepada suami.Give & take dalam hubungan suami isteri kunci setiap kebahagiaan.....
Kuasa kasih sayang....trauma & hinaan dapat dimaafkan begitu sahaja. Cinta yang ikhlas kerana Allah akan sentiasa dipelihara oleh Nya.
Ternyata penulis menulis karya dengan kajian terlebih dahulu. Akak sebagai pekerja yang terlibat sedikit sebanyak dalam perundangan, tersenyum simpul dengan nama-nama agreement dan term term yang disebutkan Zafran. Wow !!! Tahniah dear.....
EVERY LOVE STORY IS BEAUTIFUL BUT OURS IS MY FAVOURITE ~ Dhira, Zafran
psstttt...... tak sabar nak baca next novel, Red story coming up next. Since next novel dah grab aritu, esok marathon !!! nanti akak review pasal kisah favourite author Dhira ni pulak ye....
No comments:
Post a Comment