Nov 30, 2017

PELANGI UNTUK ARA


Penerbit : Karyaseni
Penulis : Azura Rasidin
Bil M/S : 718


Nadya Fahara.....Ara, gadis yang hidupnya dirasakan terlalu kosong, sunyi dari kasih sayang... Mama yang sibuk memenuhi wasiat orang lain sehinggakan mengabaikan dirinya dan papa. Watak Ara yang mempunyai sikap memberontak dengan cara tersendiri. Lumrah manusia, apabila diselubungi rasa amarah lalu Ara menjadi buta dengan setiap tindak tanduknya terhadap segala perbuatan lelaki yang paling dibenci....Eiyad Emran.

Eiyad Emran, rasa bersalah sentiasa menghambat hidupnya. Dek degilnya, dia kehilangan ibu bapa dan isteri yang baru dinikah. Bijak menyembunyikan emosi, hati galaunya sukar ditebak...
Layanan Ara kepadanya membuatkan dia merasakan mahu mati. Penyebab penderitaan orang lain !!!


Kali ni, rasanya agak berbeza....aku tak rasa nak berkongsi jalan cerita A-Z kat sini macam kupasan novel-novel lain sebelum ni...kenapa????
Sebab aku rasa ianya terlalu mahal untuk dicoretkan disini, jalan cerita yang mempunyai kesinambungan setiap nilai-nilai yang ada dalam kehidupan. So aku lebih suka coretkan nilai yang ada dalam PUA ni....bagi aku, PUA ni sangat 'kaya'.

Persahabatan.
Ara sering mempersoal, memang ada dalam undang-undang ke wanita tak boleh berkawan baik dengan lelaki??
Realitinya persahabatan diantara Adam dan Hawa sering disalah erti. Seringkali 'persahabatan' itu musnah kerana diganti dengan 'cinta'. So dah jadi klise dah kan.....Namun jika niat/tujuan tu betul-betul ikhlas dan dengan izinNya untuk bersahabat, maka jiwa tak akan berkalih dan menjadi sahabat sehingga mati. Ya, aku kata dengan izinNya....sebab hati kita ni terlalu susah untuk dikawal. Cinta ni kadang-kadang jahat juga.Suka datang walaupun tak diundang.....aummmm.....
Melalui persahabatan diantara Ara & Huzair, aku kagum !!! Tak kurang juga Dee, kawan dunia akhirat....sentiasa membimbing, menegur ke arah yang lebih baik. Itula baru namanya SAHABAT kannn.......

Antara simpati dan cinta.
2 perasaan yang sukar dibeza oleh Eiyad. Antara Ara dan Nawwal. Benarkah sayangnya kepada Ara sebagai bukti kasih bersaudara?? atau betul ke cintanya kepada Nawwal untuk dijadikan teman sehidup semati???
Kadangkala jiwa sering menyalah tafsir dua perasaan ini...
Melalui simpati, timbulnya belas untuk membantu memulihkan, dan mungkin akan menyayangi....tapi tidak semestinya cinta.
Manakala cinta pula kadangkala lahir tanpa sebab, bila cinta datang pun kita tak sedar. Mungkin kita menyedari kehadiran cinta tu on the right time, or...maybe dah terlambat. So dari situ la timbulnya istilah jodoh, Allah dah tetapkan segalanya.

Antara Amanah dan Tanggungjawab
Nilai yang saling berkait. Tiada manusia yang sempurna, begitulah mama kepada Ara. Dalam menyempurnakan amanah dan wasiat sahabatnya, diuji pula dengan berita diduakan suami. Dek amanah, Puan Yasmeen masih tegar untuk menguruskan syarikat dan menjaga Eiyad. Tapi, Puan Yasmin terleka dengan tanggungjawabnya untuk meluangkan masa bersama Ara. Namun Allah maha menyayangi.....Dia menyedarkan kita dengan pelbagai cara. Dengan adanya sakit jantung, ianya memulihkan kembali hubungan suci diantara ibu dan anak yang dikandungnya.

Anger/Stress Management
Pelbagai cara, perbagai bentuk....ada yang baik, bahaya atau haram di sisi agama. Bagi Ara, pada mulanya mungkin tersilap langkah dengan melepaskan tekanan di kelab malam. Walaupun berprinsip untuk tidak menyentuh perkara haram seperti arak dan zina, tapi tempat tersebut dipenuhi oleh perkara dan aura-aura negatif. Sedikit sebanyak perkara negatif bakal berlaku tanpa kita undang..... 
Then Bungee Jumping?? OMG, maybe terapi stress terbaik buat Ara dan ianya berkesan !!!

Kalau nak diikutkan, banyak lagi nilai-nilai yang cuba disampaikan oleh penulis. Syabas penulis, Love-Hate Story yang menyentuh pelbagai emosi pembaca. Gaya penulisan yang penuh jiwa dan rasa. 

SHE IS YOUR FIRST LOVE, I INTEND TO BE THE LAST. NO MATTER HOW LONG IT TAKES

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Ada kenangan tercoret bersama PUA. Ingat lagi tau, aku termenung tepi longkang besar.......mampu tengok je novel yang baru sekerat dibaca hanyut. Dek kelam kabut berjalan nak pergi meeting, tangan penuh dengan paperwork, agreement...novel PUA yang sentiasa temankan terjatuh...DUSSHHHH...hanyut terus....dia punya frust kalah sakit putus cinta beb !!!
Agaknya la kann....sekarang PUA tu mesti tengah bersemanyam bersama keris Hang Tuah di dasar sungai Melaka...ecewaahhh...... kikikiki....



p/s : frust terubat akhirnya....aku beli semula PUA dari penulis dan titeww dapat signature penulis besor-besor tauuu.....auummm....thanks my dear Azura....lap u dip dip laaaaa......

Nov 20, 2017

Date Me...


Penerbit : Penulisan2u
Penulis : Azura Rasiddin
Bil m/s : 652

Faktor pemilihan bacaan seterusnya.....kerana ada kesinanbungan kisah 1 Pengakuan 9 Luahan (1P9L) dalam Date Me ni. Dalam 1P9L dah ada cerita sikit pasal famous writer kegilaan Dhira ni....Mr Red. So, for this novel merungkai kisah Mr Red yang penuh misteri ni.... (bagi yang dah baca 1P9L, mereka akan tau betapa misterinya penulis yang tidak ingin dikenali ni....dari karya, buku segalanya Limited Edition !!! )
Design pada kulit buku .....red & purple hyacinth....1st akak dah tersenyum, bunga ni memang penuhh misteri since akak pun ada history dengan hyacinth ni...aummmm !!!

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Redza....Ed, Red.....kenapa Red sebagai nama pena pada setiap karya novel nya?....
Kerana persalinan bewarna merah merupakan kenangan hari raya terakhir Red bersama arwah ayah dan ibunya. Hidup nya penuh dengan sarat rindu dan dendam. Di depan matanya ayah merayu kepada Uncle Khairul (rakan kongsi perniagaan) untuk membiayai kos pembedahan ibunya yang menderita barah otak....namun dihalau tanpa belas kasihan. Selepas mendapat panggilan dari hospital yang menyatakan ibunya sedang tenat, Red dan ayahnya bergegas ke hospital.....dalam perjalanan, kemalangan telah meragut nyawa ayahnya...dan ibu di hospital, turut meninggalkannya....
Hidupnya di rumah yatim, membangkitkan dendam dalam diri Red untuk menuntut bela keatas kematian ayah dan ibu sekaligus menuntut kembali hak ayahnya di dalam syarikat.

Mempunyai keluarga angkat dan sahabat sehidup semati, Yusri banyak membantu Red dalam mencipta nama dalam dunia penulisan. Namun Red tidak suka akan pendedahan kepada semua peminatnya. Menjadikan semua majlis bersama peminatnya sangat exclusive dan jemputan sangat limited. Kemunculan semula Zafran, Dhira, Fei Fei dan Ken dalam sesi bersama Red. Menjadikan mereka dapat mengenali  Red dengan lebih rapat. Dan siapa sangka, tunang Fei Fei adalah sepupu rapat Kaysa....kecilnya dunia !!!

Setelah menjeruk diri di dalam dunia manuskripnya , Red bercuti untuk merehatkan diri.....di situlah bertemunya bersama Kaysa. Anak kepada Uncle Khairul. Maka, Red memutuskan untuk menggunakan Kaysa untuk mendekatkan dirinya kepada Uncle Khairul. Sesi membalas dendam bermula !!!
Dengan membuat perjanjian bersama Kaysa.... 10 dates, untuk membuatkan  Kaysa jatuh hati kepadanya. The game begin....

Kaysa Adara....anak perempuan kepada Encik Khairul. Pada mulanya agak ragu dengan pengakuan berani mati Red yang kononya mula sukakan dirinya. Walaupun hatinya bagai nak mati sukakan Red. (psttt...akak pun jatuh hati dengan lagu Always tu...). Pertemuan demi pertemuan membuatkan dirinya jatuh kasih terhadap Red.

Namun, segalanya terbongkar......Red sudah tidak mampu meneruskan permainan yang diciptanya sendiri.Membuat pengakuan mengenai perancangannya melalui PI. Tanpa disedari hatinya jatuh cinta dengan Kaysa. Red tidak sanggup terus menipu hati gadis itu.

Melalui klu yang diberikan Red sebelum ini...Kaysa nekad untuk terus mengejar Red, mempertahankan cintanya. Kebenaran mula tersingkap...membuatkan Red terduduk dengan kenyataan sebenar. Rasa bersalah mula menyelubungi diri terhadap keluarga Kaysa.....cintanya terhadap Kaysa, tetap disimpan rapat....

Cinta dan kasih dengan restu kedua orang tua, akan dipermudahkan oleh Allah....akhirnya Kaysa berjaya membuatkan Red mengakui cintanya....Jodoh  mereka bagaikan telah tertulis.....
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Ya...pada mulanya akak menjangkakan  novel ni agak berat melalui personaliti Red kerana karya Red yang banyak berkisarkan jenayah, kesuraman dan sisi gelap kehidupan manusia. Ternyata penulis berjaya membuatkan akak surprise !!!

Namun novel ini juga tidak menghampakan kerana olahan santai penulis. Membuatkan pembaca  terbuai dengan ayat-ayat Red dan personaliti Red. Penulis juga berjaya membuat pembaca menyelami emosi yang bergolak hebat di dalam diri Red.
Kisah Kaysa selain mengejar cinta, persahabatan yang bertunjangkan keikhlasan dan perkongsian membawa erti sebenar dalam hubungan sesama manusia. SKY forever.....

Sepanjang bersama Date Me, ada kenangan  bersamanya....perjalanan dari Melaka ke Cherating, Date Me sentiasa bersama. So novel ni macam dah lunyai sikit dek perjalanan....hahahaha....
Bila dah sampai, baca Date Me di tepian pantai...ko rasa???.... heaven wehh !!!

Dalam perjalanan....Date Me menemani...


ppsssttttt.....next.....Pelangi Untuk Ara.....


Nov 16, 2017

1 Pengakuan 9 Luahan....


Terbitan : Penulisan2u
Penulis : Azura Rasiddin
Bil m/s : 844 


1st masa tengok buku ni, Mek Karyaseni yang suggest (love u mek....) masa pesta novel di Melaka. Lama tau tenung kulit novel ni....sebab apa, sebab hati dah terpikat dengan tajuk novel ni. Dengan 9 luahan, baru timbul 1 pengakuan ke???
yer, big why kat situ !!! betul, pemilihan tajuk amat penting, sebab dari tajuk pembaca mula menebak isi cerita. So apa lagi, laju je ambil novel tu dari tangan Mek then terus masukkan dalam bakul. Grafik kulit buku, one of my dreams....hot air ballon, Turky !!!
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Dhira....hidupnya dalam buangan keluarga, dihalau akibat marah, baran dan emosi kekecewaan yang sukar dikawal. Membenci  suami yang dianggap pembunuh.Hidup yang tiada arah selepas dihalau, ditipu dan merempat....sehingga bertemu dengan keluarga angkat yang amat kasih kepadanya. Fei fei gadis mualaf yang menjadi other half buat Dhira, suka dan duka Dhira sentiasa dalam pengetahuan Fei fei. Ken, abang kepada Fei fei sentiasa memanjakan Dhira sama seperti adiknya Fei fei....bagi Ken, 2 wanita itu adiknya yang tiada galang ganti. Mummy Fei fei n Ken, juga menjadi mummy Dhira.

Terlalu besar jasa keluarga cina itu buat Dhira, saat hidupnya dalam buangan, mereka menaja Dhira untuk menyambung pelajaran. Dhira dimanjakan dan disayangi sepenuhnya oleh keluarga itu.
Namun, setelah bertahun di Singapore hati Dhira nekad untuk pulang ke Malaysia.bekerja di salah satu cawangan syarikat Ken di KL. Sebaik sahaja menjejakkan kaki di KLIA....dari situ segalanya bermula...

Zafran Ali....kisah silam jejaka ini tiada yang indah untuk dikenang, ayahnya membunuh ibunya sendiri dek kerana ibunya tidak memberikan wang. Hanya tinggal kak long nya. Badan jejaka itu penuh dengan parut hasil didera oleh ayahnya. Namun parut di lengannya lebih pedih, kerana parut itu hasil dari amukan isteri yang sangat dicintai. Walau hatinya remuk, Zafran melepaskan isterinya setelah sebulan bernikah.....hinaan, amukan dan wajah sinis Dhira membuatkan Zafran trauma. Sangat pedih.

Namun, perancangan Allah lebih hebat. Keadaan memudahkan untuk mereka bertemu semula.Dhira yang sudah bekerjaya sebagai Pereka Dalaman dan Zafran pula telah mempunyai firma guamannya sendiri. Pertemuan demi pertemuan menerbitkan kembali kemesraan mereka. Dhira yang kini lebih matang, cuba untuk meminta maaf atas segala kesalahannya. Sedar dirinya dilamun cinta terhadap bekas suaminya....mereka akhirnya dinikahkan buat kali ke 2.

Selepas ijab dan kabul pada tarikh yang sama, Dhira nekad untuk mencintai lelaki itu sepenuh hati walaupun suaminya bagaikan trauma dan mencipta jarak antara mereka. Dari situ....segala luahan Dhira bermula.......
Dari luahan tersebut Zafran mula yakin terhadap cinta  Dhira.Selepas 9 luahan, diakhiri dengan pengakuan cinta oleh Dhira kepada suaminya.....
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Jalan cerita bagaikan realiti kehidupan insan yang dijodohkan, tidak lari dari perasaan sayang, cemburu, emosi. Watak Zafran yang suka memendam rasa dan Dhira yang berusaha untuk meyakinkan cintanya kepada suami.Give & take dalam hubungan suami isteri kunci setiap kebahagiaan.....

Kuasa kasih sayang....trauma & hinaan dapat dimaafkan begitu sahaja. Cinta yang ikhlas kerana Allah akan sentiasa dipelihara oleh Nya.

Ternyata penulis menulis karya dengan kajian terlebih dahulu. Akak sebagai pekerja yang terlibat sedikit sebanyak dalam perundangan, tersenyum simpul dengan nama-nama agreement dan term term yang disebutkan Zafran. Wow !!!  Tahniah dear.....


EVERY LOVE STORY IS BEAUTIFUL BUT OURS IS MY FAVOURITE ~ Dhira, Zafran


psstttt...... tak sabar nak baca next novel, Red story coming up next. Since next novel dah grab aritu, esok marathon !!! nanti akak review pasal kisah favourite author Dhira ni pulak ye....


Nov 14, 2017

Dia...

Penerbit : Karya Seni
Penulis : Umie Nadzimah

Tarikan untuk beli buku ni?? Dah tentu dari promosi kaw2 dari media cetak & elektronik, lebih-lebih lagi novel ni diilhamkan dari drama (kebiasaannya drama diilhamkan dari novel) membuatkan buku ni special sikit.Terutama bagi peminat Janna Nick, Irwanshah dan barisan-barisan pelakon lain dalam drama ni.

Istimewanya novel ni, pembaca mampu untuk menghayati setiap karektor, mimik muka dan gaya yang ingin disampaikan penulis melalui gaya pelakon dalam drama Dia. Bila watak Adit menangis, pembaca dah terbayang muka Irwanshah yang putih melepak tu menangis. Bila watak Zaid sedang tayang muka kerek buli Aira, dok membayangkan muka Adi Putra membuli Janna Nick. So watak-watak itu menjadi hidup di dalam imiginasi pembaca.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Kisah cinta Adit dan Aira, terhalang dek aturan keluarga yang dianggap untuk membalas budi. Adit tidak mampu untuk mempertahankan cinta bersama Aira, masakan boleh bahagia tanpa restu orang tua kan...(ceyyyy, dah bercakap lenggok bahasa indonesia gittu). Adit yang patuh dan taat pada orang tua, terpaksa menerima aturan orang tua.....

Aira, mendidik hati supaya reda dengan kehilangan impian untuk bersama Adit. Aira tak mampu untuk merosakkan kebahagiaan teman baiknya sendiri Emelda untuk terus hidup bersama Adit. Jika itu boleh membuatkan Emelda bahagia dan gembira, Aira pasrah walau hatinya hancur....

Dugaan melanda, disaat cinta sang suami untuk si isteri berputik, Emelda meninggal dunia ketika melahirkan Icha. Emelda sempat meninggal wasiat dan pesanan kepada anak yang bakal dilahirkan melalui rakaman-rakaman video.Termasuk untuk mencari sesorang yang layak untuk menggantikan dirinya  !!!!

Untuk memujuk hati mentua yang marah dan berdendam, Adit tekad meninggalkan Jakarta dan berhijrah ke KL bersama  Icha.Tekadnya hanya satu, untuk membuatkan Puan Fatimah menerima Icha sebagai cucu. Ego, dendam Puan Fatimah musnah akhirnya setelah melihat kesungguhan dan kecomelan Icha, membuatkan seolah olah arwah Emelda kembali ke sisinya...

Dari sudut lain, Aira cuba lari dari perasaan sayang yang kembali bertamu buat Adit dengan menerima pinangan Zaid.Setelah hampir 7 tahun menunggu Aira, Zaid tekad untuk memperisterikan Aira. Adit pula, ingin menebus segala kekecewaanya yang lalu dengan mengejar kembali cinta Aira buatnya. Adit ingin berjuang dan mencuba selagi tiada lafaz ijab dan kabul diantara Aira dan Zaid. Hatinya pedih bila Aira bakal menjadi milik Zaid, ternyata kekecewaan Aira dulu telah dirasakannya kini.Diantara cinta Adit dan harapan Zaid, Aira ternyata keliru.

Icha sedaya upaya untuk menunaikan wasiat arwah mamanya untuk menyatukan papanya bersama Aunty Aira. Zaid ternyata dihambat rasa bersalah kerana tidak dapat memenuhi impian sikecil itu.Lebih-lebih lagi seolah cinta Aira tidak ada untuk dirinya. Dari kaca mata Zaid, cinta Aira buat Adit sangat kukuh dan tidak pernah berubah dari dulu.

Zaid memberi kata putus untuk Aira membuat keputusan. Tak ada guna jika fizikal sahaja milik Zaid, tetapi jiwa dan cinta Aira ternyata milik Adit.

Aira akhirnya penat dengan penipuan pada diri sendiri, sudah tiba masa untuk Aira merialisasikan impian cintanya bersama Adit. Insan yang paling happy adalah Icha !!! 

Zaid tidak menyesal sama skali bahawa dirinya pernah menyintai Aira, kerana cinta kepada Aira membuatkan dia lebih menghargai insan yang lebih menyintai dirinya, Cik Bunga.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Melalui cerita ni, ternyata dek budi....kita mampu merapatkan ukhwah sesama manusia. Dek termakan budi, manusia kadangkala terlalu obses untuk membalas budi tersebut, sehingga tanpa sedar....kita sedang membunuh beberapa jiwa.

Keikhlasan bersahabat, sayangnya dibawa ke hujung nyawa. Setiap suka, duka dikongsi bersama....sanggup memendam rasa untuk melihat sahabatnya gembira. Di alam realiti, sahabat susah & senang sukar dicari !!!

CINTA, TIDAK SEMESTINYA HARUS DIMILIKI...


pssstttt .....korang pernah tengok citer hindustan kuch kuch hotahei ????? lebih kurang lerrr......



Lelaki Kiriman Tuhan....


Penerbit : Penulisan2u
Penulis : Umie Nadzimah
Bil M/S : 518 m/s

Salah seorang my favorite author !!! 1st tengok kulit buku ni masa kat bookstore, macam tertanya skit....napa ada gambo burung Twitter ???? haaaa...misteri gittuuu.....(xdela misteri nau)
Tapi tarikan utama nak beli buku ni adalah nama penulis tu...sebab Umie Nadzimah punya hasil, x pernah mengecewakan....karya ke 10 dah ni.....
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Naira...seorang gadis yang serik untuk berdamping dengan lelaki, bukannya dia x miliki paras yang tidak menarik....kulitnya yg gebu,senyuman yang menawan.Tapi hati Naira sudah serik...mana-mana lelaki yang ingin menjadikan Naira isteri, lari lintang pukang bila dapat tahu Naira sentiasa dikejar Along...hutang sana sini....so, Naira hanya menganggap tiada lelaki yang boleh bersusah bersama.....yang tumpang senang je banyak !!!
Sejak kematian abah, Naira lah menguruskan resort di Pangkor. Hutang dengan Along, Mirza lah puncanya. Abang sulong yang terbabit dengan najis dadah, bila dah habis memeras duit ibu dan Naira, dia pinjam Along dan Naira lah mangsanya untuk melangsaikan hutang.
Naira harus kuat, ibu sering sakit...Zuleen seolah trauma bila sering dibelasah Mirza.Menguruskan Resort Abang peninggalan abahnya...satu-satunya amanat abah....

Iqbal Raid....
Lelaki misteri bagi Naira...seorang lelaki yang mempunyai sejarah yang penuh dosa.Namun, segala hasil adalah untuk menolong manusiaa lain...ya, Robin Hood edisi Malaya !!!
Hasil duit 'tajaan' datin-datin, dibayar khas untuk melangsaikan hutang-hutang mangsa penipuan along.Tapi niat tidak akan menghalalkan cara kann....tiada manusia yanh sempurna dan tidak pernah silap dalam percaturan hidup.Raid nekad untuk bertaubat dan menggunakan kelebihan yang ada untuk bekerja dengan salah satu syarikat diluar negara.Hasil gaji? sudah tentu untuk menolong orang yang memerlukan.....

Kisah cinta Naira dan Raid, bukan semudah yang disangka.....kehilangan Raid diluar negara ketika konflik melanda membuatkan Naira menyesal.Menyesal tidak menghargai kasih dan sayang ketika ada di depan mata....
Setia hingga ke hujung nyawa.....sehingga Raid kembali di depan mata...
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Masa lalu, bukan untuk sentiasa dikenang dan menjadi pengukur hati budi seseorang. Siapa kita untuk menghukum dosa silam orang lain. Manusia boleh dan mampu berubah untuk menjadi lebih baik dengan izin Nya, malah mungkin lebih baik dari kita.....

Kasih sayang adalah nikmat yang Allah kurniakan dalam hubungan, hargailah sementara ada. Nikmatilah sementara kasih sayang itu milik kita....
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Antara garapan dan nilai yang ingin disampaikan penulis .... thump up for UN.

psstt.....lepas baca novel ni akak terus update twitter yang bersawang tu...ngeeee.......