Oct 11, 2017

Hanya kerana membaca novel ......

Novel??... Elleh, jalan cerita klise....takde apa pun yang best dengan baca novel2 ni !!!!

Hahahaha, lain orang lain persepsi. Lain orang, lain minat.
Pembaca novel tegar ni biasanya bukan disebabkan hobi, tapi minat !!
Kau busy la mcm mana pun, kau akan curik-curik jugak masa untuk baca benda alah tu walau sekadar 1 page je.
Pengalaman aku??... sesambil tunggu traffic light merah berganti hijau pun aku boleh tatap benda alah tu...hehehehee....

Kadang-kadang, bila stress melanda kepala hotak ni...kaki ni laju ke bookstore, 18 jam pun aku boleh bertapa dalam tu. Disebabkan waktu kebertapaan aku tu lama, so aku sorang-sorang je kesana. So takdela nanti peneman aku tu pulak yang stress dengan aku kannnn.......hehehehhehe......

Bacalah kau buku-buku takde pekdah tu....duduk la dalam dunia khayalan kau tu.....

Betul, cerita dalam novel tu khayalan imiginasi penulis. Tapi bukan imiginasi yang kosong, kadang-kadang banyak garapan yang kita tak nampak di sekeliling kita. Hubungan sesama kawan, saudara, keluarga, suami dan isteri. Walaupun tak banyak, tetap ada. Terpulang pada kita nak ambil sesuatu tu sebagai yang positif atau negatif.....boleh pilih, takde orang paksa pun kannn.....

Lagi satu kan, kita akan tahu perkataan-perkataan baru yang kadang-kadang kita tak pernah guna pun kan...walaupun perkataan tu bunyi nye macam agak BOMBASTIK gitu, tapi bila kita guna kat spouse, hrrmmmmm......cair meleleh-leleh gittuwww.....

Dunia penulisan ni, agaknya memang dah termaktub dalam jiwa sejak dari mak aku beranakkan aku lagi rasanya...hehehehee....
So, agaknya sampai bila-bila aku suka menulis & tak hairanla kan, sampai sekarang ni aku peminat novel tegar, sok sek sok sek belakang??...do i care???

ok, wahai cermin merah jambu, nanti kita jumpa & berborak lagi eh....byeeee.....

2 comments:

  1. baca blog akak buat iza teringin nak baca novel. heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehehe.....baca novel ni kene ada kesabaran yang tinggi, kalah hobi memancing...kikikikiki. Sabar tu pun dari segi konteks yg berbeza, cabaran sekeliling.

      Delete