Oct 28, 2017

Mr Grey....

Penerbit : Karya Seni
Penulis  : Syamnuriezmil
Bil M/S : 941 ms

First nak komen, design kulit buku ni nampak ekslusif giler la. Simple, dan sekali tengok je ada rasa teruja nak grab & baca... serious, design cover buku ni je dah menggambarkan watak mr grey ni seorang yang maskulin & have a lot secret. Selalu orang cakap, dont jugde a book by its cover kan, tapi lepas habis baca buku ni......from the story, watak & cover....amazing !!! so, habis ulasan bab kulit buku.....

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Watak utama Nisa Ardina...Nisa, seorang gadis desa yang kaya dengan cita-cita. Kelulusan STPM dengan 5 prinsipal...otak bijak !!
Namun, hajat untuk sambung belajar bukan semudah orang lain. Dia hanya mempunyai ibu...... bapa dan adiknya meninggal akibat kemalangan. Terpaksa berhijrah ke KL untuk bekerja sambil belajar untuk kejar cita-cita. Duduk menyewa bersama kawan baiknya, Jannah. Nisa mengidap Achluophobia iaitu seorang yang sangat fobia dengan keadaan gelap (critical). 
Mulut dia mak aihhh, 10 patah perkataan ditanya, dia boleh jawab dengan 1000 patah. Bak kata orang kedah, HINGAQ !!! Nisa kemudian diterima bekerja sebagai pembantu kepada COO  Puncak Angkasa (PA). Dari situ segalanya bermula.....

Who Mr Grey???
Malique Gregory Kamal .....hamboihh nama.....Seorang yang agak sukar dibaca setiap tindakannya....terlalu bijak sembunyikan emosi. Sangat dihormati di PA. Workaholic dan pernah menyelamatkan PA semasa zaman kejatuhan. Siapa sangka, Mr Grey terkenal di media sosial kerana tampan dan sebagai COO PA yang bijak dalam bidang perniagaan ni sebenarnya adalah Doktor dalam bidang perubatan !!! Dek kerana sentiasa mengutamakan kehendak family berbanding kehendak sendiri, sanggup ketepikan tittle 'Doktor' tu.....

Syarikat Puncak Angkasa (PA)
Titik tolak & segala punca kisah antara Nisa & mr.grey
Dalam diam masing-masing ni jatuh cinta tanpa sedar. Mr grey cuba menyampai rasa kasih, nisa pulak buat-buat tak paham. Segan nak bercinta dengan big bos !!!
Namun kalau dah jodoh tak kemana, dalam dua bulan kenal, terus nikah... jodoh. Dengan pernikahan ini, menghancurkan hati insan yang amat mencintai nisa dari kecil...Abg Ham. Mummy Grey, memilih untuk menentang  pilihan mr grey....sehingga tergamak mengugut dan merancang  untuk membunuh sehingga nisa & mr grey berpisah. (standardlah watak jahat kan...hehehehe)

Mr Red, adik tiri kepada Mr grey menjadi pesaing untuk merebutkan jawatan CEO....siapa sangka, berkomplot dengan Tok Grey (datuk kandung Mr Grey) untuk kepentingan sendiri dengan mempergunakan Mr Grey sebagai kambing hitam...

Namun, Mr Grey ternyata bijak, kehilangannya menjadi tanda tanya sang isteri, Nisa. Segalanya telah dirancang demi isteri dan anak-anaknya....

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Sepanjang membaca novel ni, ketawa macam orang gila ngadap buku ni. Penulisan yang bersahaja dengan loghat Kedah yang agak deep gituuu......memang lucu.
Watak Nisa yang pandai bergurau dan dikelilingi oleh insan-insan yang setia dan menyayanginya....

Gaya penulisan yang santai dan paling best, Nisa ni seorang yang berjuang dulu baru nak mengalah...walaupun dengan Mummy Grey, haaa...kelainan skit, so takdela menangis je bila kene tindas macam dalam drama-drama tu kann.....go Nisa !!!

Watak-watak lain seperti Ibu Nisa, Abg Ham, Pak Chaq, Jannah, Kak Ain, Tuan Syed Hamim, Lulu, Kak Hanim dan beberapa watak lagi mewarnai kehidupan Nisa & Mr Grey....

Tahniah kepada penulis, Novel ke 6 ni memang best !!....no wonder la 2nd novel (Tuan Anas Mikail) beliau dah diadaptasikan ke drama, dan 1st novel (Suamiku Encik Perfect 10) beliau dah naik pewagam.....


SETIA ITU MAHAL YANG TAK MAMPU DIPERTAHANKAN OLEH ORANG MURAHAN......


pssttt.....bila tengok tajuk tu kan....teringat pulak kat cerita omputih "50 bayangan kelabu" tu...auummmmm.....

No comments:

Post a Comment