Oct 16, 2017

Ulat-Ulat Buku.... ;p

Assalamualaikum cermin merah jambu.....

 Semalam kan, tengah draf plot cerita untuk next cerita, kalau boleh nak elak la cerita-cerita klise ni...tapi, hrmmm. Otak tepu dowh...
So, aku chit chat dengan mentor untuk pertaruhan idea, rasa segar skit. Banyak yang dia nasihatkan aku untuk hasilkan penulisan yang baik. Dia kata tak susah orang macam aku ni nak buat karya sebab aku ni ulat buku....jap, dia kata aku ni ulat buku ????   Cettt !!!!
Memang tak la aku ngaku....dia kata ya, sebab aku ada ciri-ciri tu....
Serious weh, aku rasa aku ni nerd gila bila dia cakap macam tu....

So mula la si ulat buku ni buat searching pasal ciri-ciri si ulat buku.....
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

1. BIBLIOPHILE
Bibliophile itu istilah buat orang yang suka buku, yer....bercinta dengan buku. Mungkin bibliophile ini memiliki personal library di rumahnya sendiri. Seorang bibliophile rela berhabis duit gaji dia beli buku walaupun buku tu mahal.

Mereka ni takkan bertanggung untuk melengkapkan koleksi.Kalau penulis tu keluarkan 18 set buku, dia akan maksure semua 18 buku tu ada kat rak buku tu..hmpffff !!!
Kebanyakan bibliophile ni suka juga kumpul buku-buku lama. Pendek kata, ni bukan ulat buku dah, segala kutu buku dah ni. Dan yang pasti pengetahuan mereka amat luas.


2. BOOK SNIFFING
   
Ok, orang yang book sniffing ni orang yang suka bau buku. Ya, suka cium bau buku....tak kira la buku tu buku baru ke, lama ke....kira aroma terapi la bagi dia..

Dari beberapa artikel yang pernah aku baca sebelum ni, aroma buku tu berasal dari zat kimia yang terkandung di dalam kertas sama ada aroma dakwat yang berada pada buku tu bercampur dan menghasilkan bau khas seperti vanilla atau masam-masam gituu...hahahaha !!!
Dan ada juga artikel menyatakan sekarang ni ada perfume yang beraroma bau buku lama dan buku baru, khusus untuk bookworm...

Hrmmm jap, aku cara ciri book sniffing ni macam tak masuk je dengan aku ni..... confirm takde ciri yang satu ni....
Walaupun aku ni perfume lover, bau buku ni tak termasuk dalam list rasanya...ngee ~


3. TSUNDOKU

Hah sudah, tsundoku?
Nama je kita dah tau asal perkataan ni dari Jepun. Tsundoku ni merujuk kepada orang suka membeli buku tapi tak baca pun buku tu macam bibliophile ye. Kalau bibliophile beli buku dibaca, tapi tsundoku ni obses untuk membeli je...bacanya tidak. Entah kenapa orang macam ni mempunyai jiwa macam tu...hehehehe

Aku rasa la kan...ada la skit macam ni. Bila tengok balik rak-rak koleksi novel, separuh lagi masih berplastik...apakah ????


4. BIBLIOMANIAC

Bibliomaniac seorang yang ketagihan mendapatkan buku. Dari pembacaan aku, bibliomaniac ni macam tsundoku juga, tapi bukan setakat beli je, namun akan melakukan apa sahaja termasuk la mencuri. Nak pula kalau buku tu edisi terhad atau limited stock.

So kalau ada dikalangan kita yang suka mencuri buku kat library, PINJAM NOVEL ORANG TAK PULANG-PULANG, so dah kira  bibliokleptomania la tu...hehehehe. Contoh orang yang mengidap penyakit ni adalah Stephen Blumberg dan Revarand W.F Whitcher.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
So, bertambah la sikit ilmu aku hari ni....hehehehe.....
Tapi aku tengok trend sekarang suka download E-Book. E-Book pun dah bersepah sekarang ni. Bagi aku, macam tak best je...sakit mata dowh ngadap lappy lama-lama. Aku rela print baca. Baru ada feel !! Betul la kot aku ni bookworm......hrmmpphhh, nerd !!!

No comments:

Post a Comment