May 26, 2019

Dheo's


Penerbit : Karya Seni
Penulis : Anjell
Bil m/s : 653


Tunggu kelahiran Dheo's ni dah lama...dah jadi trademark penulis, hint watak-watak untuk next novel akan ada pada setiap novelnya. Saling berkait serba sedikit....dan ianya menjadikan kenapa Anjell ni menjadi salah seorang my favorite author....so far novel dia akak tak pernah terlepas beli. wajib !!!!😜😊

Setelah 5 bulan beli novel ni & busy ding-dong sana sini, finally ada masa akak selit untuk baca. Here we go.... 

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Nurissa....Rose......gadis yang sama cuma panggilan yang berbeza. Bagi dirinya, Nurissa adalah panggilan yang cukup mesra & moden. Panggilan Rose agak lapuk bagi dirinya.

Segalanya bermula apabila Nurissa terlibat dengan kemalangan dan koma selama setahun. Kehidupan silamnya menjadi misteri akibat amnesia. Apa yang ada kini hanyalah ayah dan Fahim (akak terhibur dengan watak ni, terbayang tangan melintuk gittieww)  sebagai sahabat setianya. Akibat dari amnesia tersebut, Nurissa terpaksa bermula dari bawah semula...belajar semula di universiti & menjadi pengunjung setia I's Cafe yang menjadi tanda kasih sayang ayah dan arwah ibunya.

Pada awalnya hidup Nurissa tiada masalah kerana dikelilingi oleh orang yang begitu menyayanginya. Namun segalanya berubah apabila ayahnya meninggal secara tiba-tiba akibat masalah jantung. Setelah kematian ayahnya, Nurissa menemui wasiat ayahnya yang menyerahkan segala aset termasuk I's Cafe kepada seseorang yang bernama Dheo Han. Siapa Dheo Han ???

Dheo Han....bagi pembaca yang pernah membaca novel penulis sebelum ini (Dr Alpha Male), maybe dah boleh dapat bayangkan serba sedikit siapa Dheo ni...macam biasalah hero kan, tampan & memiliki ciri-ciri jejaka idaman seantero dunia gittuuu...Uolss bayangkan la, mak Italian & ayahnya cina... handsome kauuu !!!
Namun Dheo mempunyai perwatakan yang susah didekati, menyimpan seribu rahsia & berjuta perngorbanan demi insan tersayang. Terselit sumber kekuatan yang menjadi  punca kelemahan bagi musuh-musuhnya untuk mengambil kesempatan.
Gaya penulis memperkenalkan siapa Dheo amat unik, sedikit demi sedikit pembaca mula terbuai dengan watak Dheo. Penuh dengan teka-teki. Bila terbongkar semua rahsia, bommm !!!! Dheo sememangnya bukan calang-calang manusia....

Don't be curious, especially regarding someone else business. Because curiosity  kills the cat. Saya tahu awak bukan kucing.  But if u don't listen to me, you'll be living with consequences. Curiosity doesn't kill you. But it can kill your freedom. ~~ Dheo Han

Pada pertengahan novel hingga ke hujung, pembaca akan mendapati orang di sekeliling Rose mula berubah watak. Siapa Fahim, siapa Shahril, siapa akak Tiqa & apa rahsia yang ayah & Dheo simpan selama ini.

Novel ni banyak menggarap beberapa isu pengorbanan sebenar mengenai cinta. Mana datangnya  semangat & ketabahan untuk melakukan pengorbanan? Ianya datang dari keyakinan, usaha dan tawakal kepada ketentuan Allah swt.

Melalui kehidupan Dheo, benar dia memeluk Islam selepas mengenali Rose, namun sebaik sahaja percaya kepada Allah swt...Dheo benar-benar mendalami Islam sedalam-dalamnya. Bila hati sudah dikuasai iman, datanglah godaan, datanglah segala bentuk seksaan, Dheo dapat hadapi dengan tenang.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Gaya penulis membawa watak Dheo memang unik. Pembaca mampu untuk imagine apa yang Dheo lalui, apa yang dirasa oleh Nurissa. Tertarik dengan kata-kata puitis Dheo...memang layan.
Tahniah Anjell, akak tak sabar for your next baby......






Feb 14, 2019

YANG TERTULIS UNTUK KITA .......


Penerbit : Karya Seni
Penulis : Azura Rasiddin
Bil m/s : 743

Sepanjang 2018....masa sangat-sangat cemburu untuk akak melunaskan hobi yang satu ni. Tak kurang juga untuk permulaan 2019, namun selepas Karya Seni announce my favorite author keluarkan baby baru.... akak tanpa fikir panjang  terus pm penulis untuk grab novel ni...alhamdulillah, novel masih available untuk akak...so, here we go.....


Lepas baca sinopsis kat belakang novel ni, tanggapan pertama akak adalah ....ok, cerita ni tidak seberat novel LA. Tapi sangat pasti ianya ada "sesuatu".....kenapa ??? Sebab penulisnya adalah AR, akak follow novelnya dari awal....until now, akak dah mula "rasa" gaya & rentak penulisan dia...


Sebagai seorang ibu, akak amat memahami apa yang dirasakan oleh Farha. Walaupun lahirnya Hafiy bukan dari rahimnya sendiri, semua kasih sayang akan tumpah kepada si kecil itu kerana Farha telah menjaganya sejak lahir. Apatah lagi Hafiy adalah anak adiknya....bagi Farha, Hafiy adalah segalanya...

Kebahagian Hafiy adalah kebahagian aku  ~ Farha

Life time crush, setiap detik dihitung oleh Farha tanpa harapan yang menggunung  untuk memiliki Heidry. Cukup sekadar menjadi pemerhati dari jauh. Apa yang dilakukan oleh Farha, sangat-sangat menyentuh perasaan pembaca, masih SETIA walaupun tahu siapa di dalam hati  Heidry. Namun dengan adanya "Victoria Sanwich Cake", segalanya bagai diatur oleh takdir...satu persatu....

Kisah kehidupan lalu adik kembarnya  menghidupkan watak Hilman dengan penuh tragis. Ya, pada mulanya, pembaca akan menyangkakan Hilman adalah watak utama dan penyelamat kehampaan Farha....namun penulis bagaikan ingin membuat sesuatu  untuk YTUK kali ni.....Hilman berubah watak setelah mengetahui siapa Farha.....

Karya kali ni, ending cerita bagaikan sukar untuk ditebak dan diteka...saje nak mention kat sini, my favorite part adalah di bab 57. Why?? Ianya sesuatu yg sukar untuk akak explain, gaya penulisan dalam bab tu akak boleh imagine apa yang Farha RASA dan NAMPAK pada masa tu....pembaca boleh masuk dalam emosi Farha itu sendiri.....good job penulis !!!

p/s - sangat terkesan dengan lahirnya On Her Wedding Day.... akak sayu beb. Finally Farha tahu, On Her Wedding Day itu adalah untuknya......











LAYAKKAH AKU ?


Penerbit : Penulisan2u
Penulis : Azura Rasiddin
Bil m/s : 983


Masa mula-mula dapat buku ni...wow, tebal....tengok sinopsis kat belakang, ok...penceritaan kisah cinta yang agak berat. Then marathon begin....disebabkan backpain & mata x dapat tido, so aku boleh habiskan novel ni dengan hanya 1 malam....

Bukan senang untuk hidup dengan nama Farra Hani. Hidup dalam keadaan trauma dan penuh dengan tanda tanya ternyata bukan sesuatu yang mudah. Setiap bayang disekelilingnya bagaikan mengancam dirinya.


Jangan percaya sesiapa. kadang-kadang orang yang rapat dengan kita , boleh jadi musuh kita. .

Pesanan oleh seorang lelaki yang merubah segalanya. Pesanan tersebut sentiasa menghantuinya. Jadi siapa yang harus Hani percaya?....
Papa?... satu-satunya lelaki yang menyayanginya, telah pergi...siapa yang mengupah dan merancang untuk papanya mati???
Mama?...semenjak kecil mama tidak pernah menyayanginya. Kenapa? Apa salah Hani?
Terlalu banyak tanda tanya dalam kehidupan Hani. Menjadikan dirinya seorang yang suka memendam rasa, suka menyembunyikan emosi dari terlihat oleh orang lain. Hanya abang sepupu dan bapa saudara untuk menumpang kasih.

Mika...meminati Hani dan sanggup menunggu Hani menerima dirinya. Namun dek kurangnya nilai rasional dalam hati, lebih suka memilih untuk mabuk ketika dirundum kecewa cinta. Membuatkan abang kandung Mika, Amsyar berdendam pada Hani kerana merosakkan adiknya.

Amsyar jatuh cinta tanpa sengaja setelah kecewa dengan cinta pertama. Tidak menyangka Farra berjaya mengubati segala kisah duka dalam hidupnya. Tanpa sedar, Farra adalan insan yang paling dibenci. Kuasa cinta kan?....mampu ke dibutakan mata, dilupuskan benci?????

Hani atau Farra.....adalah insan yang sama !!!!

Layakkan Aku merungkai kisah tanda tanya Hani, salah faham Amsyar. Penceritaan yang agak berat namun masih boleh menambat pembaca untuk mengetahui apa yang berlaku seterusnya....buku macam ni akak katogerikan 'BUKU SUSAH LETAK' .....means bila baca buku ni, susah kita nak stop. Kita akan tertarik untuk tahu apa yang bakal berlaku. Then satu persatu persoalan akan terjawab dengan cara penceritaan tersendiri. Jauh dari jangkaan pembaca.

Amsyar mempunyai gaya romantik dengan cara tersendiri. Layanan terhadap Farra ternyata berjaya mengubah misi wanita tersebut....sehingga lahirnya 'diari' kisah cinta mereka berdua walaupun pada anggapan Hani, kisah cinta mereka hanya sementara......selagi Amsyar tidak mengetahui siapa dirinya.

Farra, setelah segalanya terbongkar, lafaz ijab dan kabul terpakza dimeterai dek perangkap misteri bagi mereka. Dengan tekad Amsyar menjadikan rumah tangga mereka bagaikan neraka untuk Hani. Namun segala dendam bagaikan cair dek keikhlasan Hani menjalankan tanggungjawabnya sebaga sebagai isteri.

Kasih sayang tidak semestinya lahir dengan cara memiliki...namun tidak bagi paklong Hani iaitu kembar kepada arwah ayahnya. Baginya cinta harus memiliki jiwa dan jasad. Walau dengan apa cara sekalipun.....cara baik atau buruk, halal atau haram dia tidak peduli !!!
Ianya menjadi pencetus segala misteri. Atas dasar kasih sayangnya terhadap Hani, dia tak sanggup melihat Hani kehilangan cinta....dia harus membuat sesuatu !!!

Satu persatu misteri terbongkar, dengan membaca Layakkah Aku, akak yakin pembaca turut terbuai dengan kisah cinta Hani dan Amsyar..... novel ni banyak jugak la cekik air mata akak tau..paling shahdu bila pokok kesayangan Hani kene tebang dek ibu yang bencikannya.....sedeyyy.....

Buat penulis....no wonder la kisah ni jadi favourite you suatu ketika dulu sebelum PUA lahir. Kisah LA sangat dekat dengan kehidupan realiti....
~ PUA still my favourite  !!!

psstt....suka baca part Arm jelous dengan abang sepupu Hani....serious comel. Benci konon....tapi sayang sangat-sangat kannnnn.....kannnnnnn....

Dec 6, 2017

Pemusnah Hati

Penerbit : Karya Seni
Penulis : Siti Khadijah
Bil m/s : 762 


Grab novel ni masa Pesta Novel kat Melaka baru-baru ni. Dari jauh mata dah pandang novel ni di display rack....sebab aku ni minat novel thriller. Dengan suggestion dari Makcik Karyaseni, aku ambil terus tanpa baca kat sinopsis kat belakang. So novel ni dah masuk dalam list marathon 2017 ~ngeeee

Aisy Raisya....dibesarkan oleh nenek & tok sehingga menjadi gadis yang sopan, manis dan cukup ilmu agamanya. Dibesarkan dengan suasana kampung, hidup merindukan kasih sayang ayah yang sibuk berkerja, tak pernah balik untuk bertemu dengannya...hanya panggilan telefon  pengganti diri.
Suatu malam, Aisy diculik dan peristiwa hitam bermula....hidupnya menjadi buruan disebabkan dosa ayahnya. Seorang demi seorang kesayangan Aisy menjadi korban....sampai bila?? Aisy hampir berputus asa untuk teruskan hidup.

Qartal...bermaksud Helang. Seorang lelaki yang penuh misteri. Bagaikan helang, Qartal tangkas dan handal bertarung sehingga menjadi orang kepercayaan Razak Hitam yang menculik Aisy. Namun sepanjang diculik, Qartal seolah-olah melindungi Aisy dengan cara tersendiri.Sehinggalah suatu saat Qartal menembak 2 orang suruhan Razak untuk membantu Aisy melarikan diri. 3 minggu berada di hutan untuk mencari jalan keluar, Aisy terpaut hati dengan Qartal....pelbagai perkara yang terjadi, Qartal sentiasa melindunginya.

"Ada ke dalam dunia ni orang yang kena culik, boleh jadi jatuh suka pada penculik? Mengarutkan? Aku dah mula sukakan kau, Qartal" - Aisy 

Umar Faruq....pendedahan siapa dirinya mengecewakan Aisy. Lebih mengecewakan perkahwinan yang disangkakan untuk melindunginya sebagai seorang isteri...hanya menjadi batu loncatan untuk menuntut bela keatas kematian tunang kepada Umar. Perjanjian telah dibuat.....dengan kematian King kelak, Umar harus melepaskannya !!!
Tetapi siapa kita untuk menidakkan takdir, Kun Fayakun !!! jika ianya telah ditetapkan sebagai jodoh Aisy...perasaan dendam boleh berubah kepada cinta.

Just nak share, setiap bait-bait ayat oleh Umar aku baca ulang-ulang kali....sebab??? sweet ya ampunn....berdesup masuk dalam jiwa gitu. Apa yang ingin disampaikan oleh penulis, untuk menunjukkan rasa CINTA, kadangkala tidak perlu dilafaz, tidak perlu dipertonton....tapi cukup bila ianya dirasa oleh yang dicinta. Deep !!!

Bak kata Puan Farah (ibu Umar), jangan takut jika kita serba kekurangan...kerana tanpa kekurangan, takkan ada kesempurnaan. Kesempurnaan seorang suami terletak pada isterinya.
Ya, saling melengkapi diantara satu sama lain........
Sering kita dengar, Iman tak semestinya diwarisi...begitu juga dosa. Dosa juga tidak diwariskan, jadi mengapa kita harus menyalahkan anak sekiranya ayah yang berdosa???
Tetapi lumrah manusia, terlalu mudah untuk menjatuhkan hukum.....tanpa sedar melukakan hati orang yang tidak berdosa.

Kepada penulis, karya anda yang berlatarkan bidang kepolisan sedikit sebanyak dapat menyedarkan pembaca, mengenai pengorbanan yang dituntut demi melunaskan tanggungjawab kepada masyarakat. Walaupun nyawa menjadi galang ganti !!!

Seni seviyorum.... Seni ozledim....... - Umar


p/s - suka dengan nasihat-nasihat Aisy kepada Qartal semasa sesat di dalam hutan........ Aisy tak jemu bercakap walaupun Qartal bersikap dingin. Comel !!!


Nov 30, 2017

PELANGI UNTUK ARA


Penerbit : Karyaseni
Penulis : Azura Rasidin
Bil M/S : 718


Nadya Fahara.....Ara, gadis yang hidupnya dirasakan terlalu kosong, sunyi dari kasih sayang... Mama yang sibuk memenuhi wasiat orang lain sehinggakan mengabaikan dirinya dan papa. Watak Ara yang mempunyai sikap memberontak dengan cara tersendiri. Lumrah manusia, apabila diselubungi rasa amarah lalu Ara menjadi buta dengan setiap tindak tanduknya terhadap segala perbuatan lelaki yang paling dibenci....Eiyad Emran.

Eiyad Emran, rasa bersalah sentiasa menghambat hidupnya. Dek degilnya, dia kehilangan ibu bapa dan isteri yang baru dinikah. Bijak menyembunyikan emosi, hati galaunya sukar ditebak...
Layanan Ara kepadanya membuatkan dia merasakan mahu mati. Penyebab penderitaan orang lain !!!


Kali ni, rasanya agak berbeza....aku tak rasa nak berkongsi jalan cerita A-Z kat sini macam kupasan novel-novel lain sebelum ni...kenapa????
Sebab aku rasa ianya terlalu mahal untuk dicoretkan disini, jalan cerita yang mempunyai kesinambungan setiap nilai-nilai yang ada dalam kehidupan. So aku lebih suka coretkan nilai yang ada dalam PUA ni....bagi aku, PUA ni sangat 'kaya'.

Persahabatan.
Ara sering mempersoal, memang ada dalam undang-undang ke wanita tak boleh berkawan baik dengan lelaki??
Realitinya persahabatan diantara Adam dan Hawa sering disalah erti. Seringkali 'persahabatan' itu musnah kerana diganti dengan 'cinta'. So dah jadi klise dah kan.....Namun jika niat/tujuan tu betul-betul ikhlas dan dengan izinNya untuk bersahabat, maka jiwa tak akan berkalih dan menjadi sahabat sehingga mati. Ya, aku kata dengan izinNya....sebab hati kita ni terlalu susah untuk dikawal. Cinta ni kadang-kadang jahat juga.Suka datang walaupun tak diundang.....aummmm.....
Melalui persahabatan diantara Ara & Huzair, aku kagum !!! Tak kurang juga Dee, kawan dunia akhirat....sentiasa membimbing, menegur ke arah yang lebih baik. Itula baru namanya SAHABAT kannn.......

Antara simpati dan cinta.
2 perasaan yang sukar dibeza oleh Eiyad. Antara Ara dan Nawwal. Benarkah sayangnya kepada Ara sebagai bukti kasih bersaudara?? atau betul ke cintanya kepada Nawwal untuk dijadikan teman sehidup semati???
Kadangkala jiwa sering menyalah tafsir dua perasaan ini...
Melalui simpati, timbulnya belas untuk membantu memulihkan, dan mungkin akan menyayangi....tapi tidak semestinya cinta.
Manakala cinta pula kadangkala lahir tanpa sebab, bila cinta datang pun kita tak sedar. Mungkin kita menyedari kehadiran cinta tu on the right time, or...maybe dah terlambat. So dari situ la timbulnya istilah jodoh, Allah dah tetapkan segalanya.

Antara Amanah dan Tanggungjawab
Nilai yang saling berkait. Tiada manusia yang sempurna, begitulah mama kepada Ara. Dalam menyempurnakan amanah dan wasiat sahabatnya, diuji pula dengan berita diduakan suami. Dek amanah, Puan Yasmeen masih tegar untuk menguruskan syarikat dan menjaga Eiyad. Tapi, Puan Yasmin terleka dengan tanggungjawabnya untuk meluangkan masa bersama Ara. Namun Allah maha menyayangi.....Dia menyedarkan kita dengan pelbagai cara. Dengan adanya sakit jantung, ianya memulihkan kembali hubungan suci diantara ibu dan anak yang dikandungnya.

Anger/Stress Management
Pelbagai cara, perbagai bentuk....ada yang baik, bahaya atau haram di sisi agama. Bagi Ara, pada mulanya mungkin tersilap langkah dengan melepaskan tekanan di kelab malam. Walaupun berprinsip untuk tidak menyentuh perkara haram seperti arak dan zina, tapi tempat tersebut dipenuhi oleh perkara dan aura-aura negatif. Sedikit sebanyak perkara negatif bakal berlaku tanpa kita undang..... 
Then Bungee Jumping?? OMG, maybe terapi stress terbaik buat Ara dan ianya berkesan !!!

Kalau nak diikutkan, banyak lagi nilai-nilai yang cuba disampaikan oleh penulis. Syabas penulis, Love-Hate Story yang menyentuh pelbagai emosi pembaca. Gaya penulisan yang penuh jiwa dan rasa. 

SHE IS YOUR FIRST LOVE, I INTEND TO BE THE LAST. NO MATTER HOW LONG IT TAKES

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Ada kenangan tercoret bersama PUA. Ingat lagi tau, aku termenung tepi longkang besar.......mampu tengok je novel yang baru sekerat dibaca hanyut. Dek kelam kabut berjalan nak pergi meeting, tangan penuh dengan paperwork, agreement...novel PUA yang sentiasa temankan terjatuh...DUSSHHHH...hanyut terus....dia punya frust kalah sakit putus cinta beb !!!
Agaknya la kann....sekarang PUA tu mesti tengah bersemanyam bersama keris Hang Tuah di dasar sungai Melaka...ecewaahhh...... kikikiki....



p/s : frust terubat akhirnya....aku beli semula PUA dari penulis dan titeww dapat signature penulis besor-besor tauuu.....auummm....thanks my dear Azura....lap u dip dip laaaaa......

Nov 20, 2017

Date Me...


Penerbit : Penulisan2u
Penulis : Azura Rasiddin
Bil m/s : 652

Faktor pemilihan bacaan seterusnya.....kerana ada kesinanbungan kisah 1 Pengakuan 9 Luahan (1P9L) dalam Date Me ni. Dalam 1P9L dah ada cerita sikit pasal famous writer kegilaan Dhira ni....Mr Red. So, for this novel merungkai kisah Mr Red yang penuh misteri ni.... (bagi yang dah baca 1P9L, mereka akan tau betapa misterinya penulis yang tidak ingin dikenali ni....dari karya, buku segalanya Limited Edition !!! )
Design pada kulit buku .....red & purple hyacinth....1st akak dah tersenyum, bunga ni memang penuhh misteri since akak pun ada history dengan hyacinth ni...aummmm !!!

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Redza....Ed, Red.....kenapa Red sebagai nama pena pada setiap karya novel nya?....
Kerana persalinan bewarna merah merupakan kenangan hari raya terakhir Red bersama arwah ayah dan ibunya. Hidup nya penuh dengan sarat rindu dan dendam. Di depan matanya ayah merayu kepada Uncle Khairul (rakan kongsi perniagaan) untuk membiayai kos pembedahan ibunya yang menderita barah otak....namun dihalau tanpa belas kasihan. Selepas mendapat panggilan dari hospital yang menyatakan ibunya sedang tenat, Red dan ayahnya bergegas ke hospital.....dalam perjalanan, kemalangan telah meragut nyawa ayahnya...dan ibu di hospital, turut meninggalkannya....
Hidupnya di rumah yatim, membangkitkan dendam dalam diri Red untuk menuntut bela keatas kematian ayah dan ibu sekaligus menuntut kembali hak ayahnya di dalam syarikat.

Mempunyai keluarga angkat dan sahabat sehidup semati, Yusri banyak membantu Red dalam mencipta nama dalam dunia penulisan. Namun Red tidak suka akan pendedahan kepada semua peminatnya. Menjadikan semua majlis bersama peminatnya sangat exclusive dan jemputan sangat limited. Kemunculan semula Zafran, Dhira, Fei Fei dan Ken dalam sesi bersama Red. Menjadikan mereka dapat mengenali  Red dengan lebih rapat. Dan siapa sangka, tunang Fei Fei adalah sepupu rapat Kaysa....kecilnya dunia !!!

Setelah menjeruk diri di dalam dunia manuskripnya , Red bercuti untuk merehatkan diri.....di situlah bertemunya bersama Kaysa. Anak kepada Uncle Khairul. Maka, Red memutuskan untuk menggunakan Kaysa untuk mendekatkan dirinya kepada Uncle Khairul. Sesi membalas dendam bermula !!!
Dengan membuat perjanjian bersama Kaysa.... 10 dates, untuk membuatkan  Kaysa jatuh hati kepadanya. The game begin....

Kaysa Adara....anak perempuan kepada Encik Khairul. Pada mulanya agak ragu dengan pengakuan berani mati Red yang kononya mula sukakan dirinya. Walaupun hatinya bagai nak mati sukakan Red. (psttt...akak pun jatuh hati dengan lagu Always tu...). Pertemuan demi pertemuan membuatkan dirinya jatuh kasih terhadap Red.

Namun, segalanya terbongkar......Red sudah tidak mampu meneruskan permainan yang diciptanya sendiri.Membuat pengakuan mengenai perancangannya melalui PI. Tanpa disedari hatinya jatuh cinta dengan Kaysa. Red tidak sanggup terus menipu hati gadis itu.

Melalui klu yang diberikan Red sebelum ini...Kaysa nekad untuk terus mengejar Red, mempertahankan cintanya. Kebenaran mula tersingkap...membuatkan Red terduduk dengan kenyataan sebenar. Rasa bersalah mula menyelubungi diri terhadap keluarga Kaysa.....cintanya terhadap Kaysa, tetap disimpan rapat....

Cinta dan kasih dengan restu kedua orang tua, akan dipermudahkan oleh Allah....akhirnya Kaysa berjaya membuatkan Red mengakui cintanya....Jodoh  mereka bagaikan telah tertulis.....
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Ya...pada mulanya akak menjangkakan  novel ni agak berat melalui personaliti Red kerana karya Red yang banyak berkisarkan jenayah, kesuraman dan sisi gelap kehidupan manusia. Ternyata penulis berjaya membuatkan akak surprise !!!

Namun novel ini juga tidak menghampakan kerana olahan santai penulis. Membuatkan pembaca  terbuai dengan ayat-ayat Red dan personaliti Red. Penulis juga berjaya membuat pembaca menyelami emosi yang bergolak hebat di dalam diri Red.
Kisah Kaysa selain mengejar cinta, persahabatan yang bertunjangkan keikhlasan dan perkongsian membawa erti sebenar dalam hubungan sesama manusia. SKY forever.....

Sepanjang bersama Date Me, ada kenangan  bersamanya....perjalanan dari Melaka ke Cherating, Date Me sentiasa bersama. So novel ni macam dah lunyai sikit dek perjalanan....hahahaha....
Bila dah sampai, baca Date Me di tepian pantai...ko rasa???.... heaven wehh !!!

Dalam perjalanan....Date Me menemani...


ppsssttttt.....next.....Pelangi Untuk Ara.....


Nov 16, 2017

1 Pengakuan 9 Luahan....


Terbitan : Penulisan2u
Penulis : Azura Rasiddin
Bil m/s : 844 


1st masa tengok buku ni, Mek Karyaseni yang suggest (love u mek....) masa pesta novel di Melaka. Lama tau tenung kulit novel ni....sebab apa, sebab hati dah terpikat dengan tajuk novel ni. Dengan 9 luahan, baru timbul 1 pengakuan ke???
yer, big why kat situ !!! betul, pemilihan tajuk amat penting, sebab dari tajuk pembaca mula menebak isi cerita. So apa lagi, laju je ambil novel tu dari tangan Mek then terus masukkan dalam bakul. Grafik kulit buku, one of my dreams....hot air ballon, Turky !!!
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Dhira....hidupnya dalam buangan keluarga, dihalau akibat marah, baran dan emosi kekecewaan yang sukar dikawal. Membenci  suami yang dianggap pembunuh.Hidup yang tiada arah selepas dihalau, ditipu dan merempat....sehingga bertemu dengan keluarga angkat yang amat kasih kepadanya. Fei fei gadis mualaf yang menjadi other half buat Dhira, suka dan duka Dhira sentiasa dalam pengetahuan Fei fei. Ken, abang kepada Fei fei sentiasa memanjakan Dhira sama seperti adiknya Fei fei....bagi Ken, 2 wanita itu adiknya yang tiada galang ganti. Mummy Fei fei n Ken, juga menjadi mummy Dhira.

Terlalu besar jasa keluarga cina itu buat Dhira, saat hidupnya dalam buangan, mereka menaja Dhira untuk menyambung pelajaran. Dhira dimanjakan dan disayangi sepenuhnya oleh keluarga itu.
Namun, setelah bertahun di Singapore hati Dhira nekad untuk pulang ke Malaysia.bekerja di salah satu cawangan syarikat Ken di KL. Sebaik sahaja menjejakkan kaki di KLIA....dari situ segalanya bermula...

Zafran Ali....kisah silam jejaka ini tiada yang indah untuk dikenang, ayahnya membunuh ibunya sendiri dek kerana ibunya tidak memberikan wang. Hanya tinggal kak long nya. Badan jejaka itu penuh dengan parut hasil didera oleh ayahnya. Namun parut di lengannya lebih pedih, kerana parut itu hasil dari amukan isteri yang sangat dicintai. Walau hatinya remuk, Zafran melepaskan isterinya setelah sebulan bernikah.....hinaan, amukan dan wajah sinis Dhira membuatkan Zafran trauma. Sangat pedih.

Namun, perancangan Allah lebih hebat. Keadaan memudahkan untuk mereka bertemu semula.Dhira yang sudah bekerjaya sebagai Pereka Dalaman dan Zafran pula telah mempunyai firma guamannya sendiri. Pertemuan demi pertemuan menerbitkan kembali kemesraan mereka. Dhira yang kini lebih matang, cuba untuk meminta maaf atas segala kesalahannya. Sedar dirinya dilamun cinta terhadap bekas suaminya....mereka akhirnya dinikahkan buat kali ke 2.

Selepas ijab dan kabul pada tarikh yang sama, Dhira nekad untuk mencintai lelaki itu sepenuh hati walaupun suaminya bagaikan trauma dan mencipta jarak antara mereka. Dari situ....segala luahan Dhira bermula.......
Dari luahan tersebut Zafran mula yakin terhadap cinta  Dhira.Selepas 9 luahan, diakhiri dengan pengakuan cinta oleh Dhira kepada suaminya.....
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Jalan cerita bagaikan realiti kehidupan insan yang dijodohkan, tidak lari dari perasaan sayang, cemburu, emosi. Watak Zafran yang suka memendam rasa dan Dhira yang berusaha untuk meyakinkan cintanya kepada suami.Give & take dalam hubungan suami isteri kunci setiap kebahagiaan.....

Kuasa kasih sayang....trauma & hinaan dapat dimaafkan begitu sahaja. Cinta yang ikhlas kerana Allah akan sentiasa dipelihara oleh Nya.

Ternyata penulis menulis karya dengan kajian terlebih dahulu. Akak sebagai pekerja yang terlibat sedikit sebanyak dalam perundangan, tersenyum simpul dengan nama-nama agreement dan term term yang disebutkan Zafran. Wow !!!  Tahniah dear.....


EVERY LOVE STORY IS BEAUTIFUL BUT OURS IS MY FAVOURITE ~ Dhira, Zafran


psstttt...... tak sabar nak baca next novel, Red story coming up next. Since next novel dah grab aritu, esok marathon !!! nanti akak review pasal kisah favourite author Dhira ni pulak ye....