Penerbit : Karya Seni
Penulis : Anjell
Bil m/s : 653
Tunggu kelahiran Dheo's ni dah lama...dah jadi trademark penulis, hint watak-watak untuk next novel akan ada pada setiap novelnya. Saling berkait serba sedikit....dan ianya menjadikan kenapa Anjell ni menjadi salah seorang my favorite author....so far novel dia akak tak pernah terlepas beli. wajib !!!!😜😊
Setelah 5 bulan beli novel ni & busy ding-dong sana sini, finally ada masa akak selit untuk baca. Here we go....
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Nurissa....Rose......gadis yang sama cuma panggilan yang berbeza. Bagi dirinya, Nurissa adalah panggilan yang cukup mesra & moden. Panggilan Rose agak lapuk bagi dirinya.
Segalanya bermula apabila Nurissa terlibat dengan kemalangan dan koma selama setahun. Kehidupan silamnya menjadi misteri akibat amnesia. Apa yang ada kini hanyalah ayah dan Fahim (akak terhibur dengan watak ni, terbayang tangan melintuk gittieww) sebagai sahabat setianya. Akibat dari amnesia tersebut, Nurissa terpaksa bermula dari bawah semula...belajar semula di universiti & menjadi pengunjung setia I's Cafe yang menjadi tanda kasih sayang ayah dan arwah ibunya.
Pada awalnya hidup Nurissa tiada masalah kerana dikelilingi oleh orang yang begitu menyayanginya. Namun segalanya berubah apabila ayahnya meninggal secara tiba-tiba akibat masalah jantung. Setelah kematian ayahnya, Nurissa menemui wasiat ayahnya yang menyerahkan segala aset termasuk I's Cafe kepada seseorang yang bernama Dheo Han. Siapa Dheo Han ???
Dheo Han....bagi pembaca yang pernah membaca novel penulis sebelum ini (Dr Alpha Male), maybe dah boleh dapat bayangkan serba sedikit siapa Dheo ni...macam biasalah hero kan, tampan & memiliki ciri-ciri jejaka idaman seantero dunia gittuuu...Uolss bayangkan la, mak Italian & ayahnya cina... handsome kauuu !!!
Namun Dheo mempunyai perwatakan yang susah didekati, menyimpan seribu rahsia & berjuta perngorbanan demi insan tersayang. Terselit sumber kekuatan yang menjadi punca kelemahan bagi musuh-musuhnya untuk mengambil kesempatan.
Gaya penulis memperkenalkan siapa Dheo amat unik, sedikit demi sedikit pembaca mula terbuai dengan watak Dheo. Penuh dengan teka-teki. Bila terbongkar semua rahsia, bommm !!!! Dheo sememangnya bukan calang-calang manusia....
Pada pertengahan novel hingga ke hujung, pembaca akan mendapati orang di sekeliling Rose mula berubah watak. Siapa Fahim, siapa Shahril, siapa akak Tiqa & apa rahsia yang ayah & Dheo simpan selama ini.
Novel ni banyak menggarap beberapa isu pengorbanan sebenar mengenai cinta. Mana datangnya semangat & ketabahan untuk melakukan pengorbanan? Ianya datang dari keyakinan, usaha dan tawakal kepada ketentuan Allah swt.
Melalui kehidupan Dheo, benar dia memeluk Islam selepas mengenali Rose, namun sebaik sahaja percaya kepada Allah swt...Dheo benar-benar mendalami Islam sedalam-dalamnya. Bila hati sudah dikuasai iman, datanglah godaan, datanglah segala bentuk seksaan, Dheo dapat hadapi dengan tenang.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Gaya penulis membawa watak Dheo memang unik. Pembaca mampu untuk imagine apa yang Dheo lalui, apa yang dirasa oleh Nurissa. Tertarik dengan kata-kata puitis Dheo...memang layan.
Tahniah Anjell, akak tak sabar for your next baby......

Don't be curious, especially regarding someone else business. Because curiosity kills the cat. Saya tahu awak bukan kucing. But if u don't listen to me, you'll be living with consequences. Curiosity doesn't kill you. But it can kill your freedom. ~~ Dheo Han