Penerbit : Karya Seni
Penulis : Azura Rasiddin
Bil m/s : 743
Sepanjang 2018....masa sangat-sangat cemburu untuk akak melunaskan hobi yang satu ni. Tak kurang juga untuk permulaan 2019, namun selepas Karya Seni announce my favorite author keluarkan baby baru.... akak tanpa fikir panjang terus pm penulis untuk grab novel ni...alhamdulillah, novel masih available untuk akak...so, here we go.....
Lepas baca sinopsis kat belakang novel ni, tanggapan pertama akak adalah ....ok, cerita ni tidak seberat novel LA. Tapi sangat pasti ianya ada "sesuatu".....kenapa ??? Sebab penulisnya adalah AR, akak follow novelnya dari awal....until now, akak dah mula "rasa" gaya & rentak penulisan dia...
Kebahagian Hafiy adalah kebahagian aku ~ Farha
Kisah kehidupan lalu adik kembarnya menghidupkan watak Hilman dengan penuh tragis. Ya, pada mulanya, pembaca akan menyangkakan Hilman adalah watak utama dan penyelamat kehampaan Farha....namun penulis bagaikan ingin membuat sesuatu untuk YTUK kali ni.....Hilman berubah watak setelah mengetahui siapa Farha.....
Karya kali ni, ending cerita bagaikan sukar untuk ditebak dan diteka...saje nak mention kat sini, my favorite part adalah di bab 57. Why?? Ianya sesuatu yg sukar untuk akak explain, gaya penulisan dalam bab tu akak boleh imagine apa yang Farha RASA dan NAMPAK pada masa tu....pembaca boleh masuk dalam emosi Farha itu sendiri.....good job penulis !!!
p/s - sangat terkesan dengan lahirnya On Her Wedding Day.... akak sayu beb. Finally Farha tahu, On Her Wedding Day itu adalah untuknya......